PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD

PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD
PULAU PINANG

Wednesday, 16 November 2016

maksud tourism

Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan.Pada awalnya, Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.Seterusnya, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.” Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri pelancongan secara khususnya WTO atau World Tourism Organization merujuk kepada, “Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.” Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan.Selain itu, McIntosh dan rakan-rakan(1995) mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.Definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama dalam pengertian pelancongan iaitu:
1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi
beberapa tujuan.
2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan
barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di
samping memenuhi permintaan pelancong.
3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi
sama ada berbentuk pendapatan tuan rumah ataupun
pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.
4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan
destinasi terpilih di samping menjaga budaya masyarakat
destinasi itu.