PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD

PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD
PULAU PINANG

Monday, 1 August 2016

CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN KE PULAU PINANG

            
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PULAU PINANG

TEMPAT :
PULAU PINANG

TARIKH : 16-17 APRIL 2016

ANJURAN :
UNIT HOSPITALITI DAN PELANCONGAN
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON




DISEDIAKAN OLEH,
MOHAMAD SYAFIQ BIN NAWAWI

1.0    Mukadimah

Program Diploma Pelancongan merupakan satu program pengajian yang baru diperkenalkan di Kolej Vokasional Port Dickson pada tahun 2014. Namun, program ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan pada tahun 2010 di tiga buah kolej perintis iaitu Kolej Vokasional Langkawi, Beaufort dan Sandakan.

Sehubungan itu, Jabatan Pelancongan Kolej Vokasional Port Dickson perlu merangka siri lawatan pelajar kolej vokasional yang dianjurkan khas oleh pelajar yang mengikuti pengajian pelancongan ini. Rangka lawatan dalam fasa yang pertama melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang berhampiran dengan Kolej Vokasional Port Dickson. Perjalanan pergi dan balik ke destinasi pilihan juga perlu mengambil masa selama satu hari.

Rangka lawatan ini perlu dilaksanakan kerana ia merupakan wadah untuk memberi latihan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar yang mengikuti Program Diploma Pelancongan ini.

2.0    Matlamat
Matlamat utama Program Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang ini adalah                                        bertujuan untuk melaksanakan kompetensi modul HPC 5043 (Operasi Pelancongan Dan Pengembaraan). Untuk memenuhi kompetensi ini, pelajar dikehendaki menguruskan pengangkutan, penginapan, tempahan makanan, aktiviti dan kewangan. Antara faktor kami memilih untuk membuat lawatan ke Pulau Pinang adalah kerana Pulau Pinang merupakan tempat tarikan terbaik di Malaysia dan Asia pada tahun 2015. Dengan adanya lawatan ini, diharap para pelajar didedahkan dengan segala proses untuk membuat lawatan.

3.0    Objektif

      Program lawatan sambil belajar ini telah menetapkan objektif yang perlu dicapai iaitu:
  
            3.1            Para pelajar dapat mempelajari dengan lebih lanjut mengenai
pengurusan lawatan.
                   3.2            Mewujudkan hubungan kerjasama yang mantap dalam kalangan pelajar Program Diploma Pelancongan, Kolej Vokasional Port Dickson.
3.3            Untuk mengenalpasti serta menimba ilmu pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang.
4.0    Butiran Program

4.1      Tarikh             : 16-17 APRIL 2016
4.2      Tempat           : Pulau Pinang
5.0   Sasaran

Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar kursus pelancongan Kolej Vokasional Port Dickson, Negeri Sembilan.

       6.0   Ahli Jawatan Kuasa Program

Rujuk lampiran i.

7.0    Tentatif Program

Rujuk lampiran ii.

8.0    Anggaran Perbelanjaan

Rujuk lampiran iii.


9.0    Penutup

Pelaksanaan program lawatan ini diharapkan dapat memberi asas pengurusan pelancongan yang mantap kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Program Diploma Pelancongan di Kolej Vokasional Port Dickson. Justeru itu, mereka akan lebih berkeyakinan untuk menguruskan siri lawatan pada skala yang lebih besar di masa-masa yang akan datang.




                                                                                                                            




                                                                                                                                  Lampiran i
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PULAU PINANG.

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

PEMANGKU PENGARAH : TN HJ ALI KHAN BIN MASRI 

GURU PENASIHAT             :  ENCIK MOHD SHAH HASSAN BIN MOHD HASHIM

PENGURUS PROJEK           :  MUHAMMAD FATHI AZRI BIN MHD FAUZI

SETIAUSAHA                       :  MUHAMAD SYAFIQ BIN NAWAWI

BENDAHARI                        :  NURUL AISHAH BINTI MOHD RAFI

AHLI JAWATANKUASA

AJK MAKANAN                  : FATIN ZURAIN BINTI ZAINAL FITRI
                                              : NUR AMIRA IZZATI BINTI ABDUL RAHMAN

PENGINAPAN                     : NUR SABRINA BINTI AZMAN
                                              : SITI KHADIJAH BINTI ZALALUDIN

AKTIVITI  & TIKET              : NATASYA ALFIRA BINTI HAIRULANUAR CHIT
                                              : FARAH ADLEENA BINTI SHARIF

AJK FOTOGRAFI &             : FAUZI BIN BAHARI
DOKUMENTASI                  : NAJWA WAHIDA BINTI ABDUL WAHAB
                                                   
KEWANGAN                        : FARHAH HAMZAH BINTI FUAD
 : USWATUN HASANAH BINTI ABDUL KADIR
                                                  
AJK TIKET &                         :  SITI ROHAYU BINTI FAIZAL
PENGANGKUTAN              :  NUR SABRINA BINTI ARIFFIN KUSETIAWAN

KESELAMATAN                   :  ELYDA NAJMI BINTI EZMAN TAEY
                                               :  SITI NORAZLYN BINTI SHARIMAN
                                                                                                                     
                                                                                                                      Lampiran ii
TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
PULAU PINANG

SABTU

MASA
PERKARA
5.00 pagi
Berkumpul di hadapan Dewan Seri Gemilang
[Kompetensi Memberi Taklimat Lawatan]
5.30 pagi
Bergerak ke Pulau Pinang
 10.00 pagi
Dijangka tiba di Pulau Pinang
 10.20 pagi
Tiba di Rumah P.Ramlee
[Kompetensi Lawatan]
11.20 pagi
Bergerak ke Street Art Cafe
11.40 pagi
Dijangka tiba di Street Art Cafe
  2.40 petang
Bergerak ke Masjid Kapitan Keling
  2.45 petang
Tiba di Masjid Kapitan Keling dan Solat Zuhur
3.00 petang
Check-in hotel dan berehat
[Kompetensi Mendaftar masuk Penginapan]
 8.00 malam
Bergerak ke Batu Ferringhi
 8.45 malam
Tiba di Batu Ferringhi (Aktiviti Bebas)
10.35 malam
Bergerak pulang ke hotel
 11.20 malam
Dijangka tiba di hotel



AHAD

MASA
PERKARA
8.30 pagi
Sarapan pagi & Daftar Keluar Hotel
9.30 pagi
Bergerak ke Bukit Bendera
10.15 pagi
Tiba di Bukit Bendera
[Kompetensi Menguruskan Tiket Masuk]
11.00 pagi
Bergerak ke Kilang Pak Ali
[Kompetensi Lawatan]
12.00 tengahari
Tiba di Kilang Pak Ali
2.30 tgh hari
Makan Tengahari dan Solat Zuhur 
3.00 petang
Bergerak ke Kolej Vokasional Port Dickson
7.00  malam
Tiba di Kolej Vokasioal Port Dickson



Lampiran iii

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM EXPLORASI DI PULAU PINANG

Perbelanjaan:
BIL.
PERKARA
HARGA / UNIT
JUMLAH
1.
Penginapan [PCG]
RM 160 x 7
RM 110 x 5
RM 1120
RM 550
2.
Tiket masuk tempat lawatan
(Dewasa- RM 10)
(Pelajar- RM 5; [Kutipan Pelajar])

RM 10 x 7 pax
RM 5 x 32 pax

RM 70
RM 160
3.
Elaun makanan (Pelajar Asrama)
RM 24.8 x 24 pax
RM 595.2
JUMLAH
RM2495.2


Disediakan oleh :

_____________________
(MUHAMAD SYAFIQ BIN NAWAWI)                                     
Setiausaha
Kursus 1 Diploma Pelancongan
Kolej Vokasional Port Dickson
Disemak Oleh :

____________________
(EN.MOHD SHAH HASSAN BIN MOHD HASHIM)
Pensyarah Pelancongan
Kolej Vokasional Port Dickson


Disemak Oleh:
  
_______________________ 
   (CIK. AQIDATUL RAFIKAH DIANA BINTI WAN BAKAR)  
Ketua Jabatan Hospitaliti
Kolej Vokasional Port Dickson                                                                                       
Disahkan Oleh :

             _______________________
­­­­­­­­­­­­­­  (TUAN HJ. ALI KHAN BIN MASRI)                                                                         Timbalan Pengarah,
Kolej Vokasional Port Dickson



                                                       

                                        
                                                                                                      
                                           


No comments:

Post a Comment