PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD

PELANCONGAN STUDENT 'S KVPD
PULAU PINANG

Monday, 15 August 2016

alam semulajadi dan buatan manusia

CHAPTER 2

1.     Nyatakan definisi bagi                

Alam semula jadi :
Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semula jadi" ialah "persekitaran terbina".
Alam sekitar/alam semula jadi merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh dipanggil FLORA dan FAUNA.

Contontohnye, alam semula jadi melibatkan seperti perikanan, penternakan, pertanian, manakala dari segi aktiviti pula  ialah mendaki gunung kinabalu, kembara hutan, kembara hutan diwaktu malam, bird waching dan sebagainya.


Buatan manusia:
            Buatan manusia atau dikenali sebagai persekitaran terbina oleh manusia sendiri. Manusia menggunakan teknologi dan sebagainya untuk mewujudkan sesuatu produk atau sesuatu tempat yang menarik yang boleh menarik perhatian pelancong walaupun dengan kos yang tinggi untuk memajukan sektor pembangunan dalam industri pelancongan. Produk ataupun tempat yang merarik di Malaysia yang menggunakan buatan manusia kadang kala mereka menggukan ataupun berasaskan alam semula jadi.

Contoh tempat ialah Tasik Kenyir di Terengganu. Ia adalah buatan manusia yang berasakan alam semula jadi. Selain daripada itu Contoh produk buatan manusia yang berasaskan alam semula jadi ialah tikar yang diperbuat daripada rotan serta kraftangan dan sebagainya.






2.      Berikan contoh katogari jenis tarikan mengikut

Alam semula jadi
Tempat / lokasi
Makanan
Acara / aktiviti

Gua Mulu,
Sarawak.

Ladang Tebu,
Chuping, Perlis.

Menjadi gunung
Kinabalu, Sabah.


Buatan manusia
Tempat / lokasi
Makanan
Acara / aktiviti


Nasi lemak ayam,
Kedai Nasi Lemak

Sambutan hari raya
Aidilfitri








CHAPTER 3

1.      Cara untuk mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia mengikut
Alam semula jadi
i.                    Jual kepada travel agensi
ii.                  Rancangan televisyen (nasional geo)
iii.                Aktiviti kokurikulum
iv.                Keratan akhbar
v.                  Laman social – membuat video dan sebarkan ke laman social (YouTube)
Buatan manusia
i.                    Rancangan televisyen (GO ASEAN)
ii.                  Membuat video (laman social)
iii.                Mempromosikan melalui harga yang menarik
iv.                Media cekatak – flyers, poster dan sebagainya
v.                  Jual langsung kepada pelancong (Beg Packer)

2.      Pilih satu tarikan pelancongan di Malaysia dan nyatakan mengapakah anda memilih tempat tersebut?

Sempena Tahun Melawat Kedah pada tahun ini (2016). Saya memilih Negeri kedah Daraul Aman kerana Negeri Kedah mempunyai tempat tarikan pelancongan yang berasaskan alam semula jadi.
Antara tempat menarik yang berasaskan alam semula jadi ialah Gunung Jerai, Kedah. Gunung Jerai di Kedah ini mempunyai permandangan yang sunggunh indah yang memaparkan sawah padi yang begitu luas dan indah.
Selain itu, Sungai Sedim & Tree Top Walk. Tempat ini meraik kerana maanusia membuat satu jambatan yang begitu tinggi dari pokok-pokok yang berada di kawasan sekaliling supaya pelancong yang datang dapat mengenali erti alam semula jadi dan bawah jambatan tersebut mempunyai sebatang sungai (Sungai Sedim). Pelancong juga boleh berkayak (rafting) merentasi sungai sedim dan pelancong dapat merentasi hutan dengan menggunakan kereta 4 X 4.
Di samping itu, Negeri Kedah juga terdapat sebuah gua iaitu Gua Gunung Keriang, Kedah. Tempat tersebut menarik kerana ia adalah sebuah gua dan gunung. Bentuk muka buminya berbukit tinggi seperti gunung dan sekelilingnya seperti gua.
Kesimpulannya, sempena tahun melawat Kedah Darul Aman pada tahun ini (2016), negeri kedah telah memajukan dan membangunkan sektor pelancongan di negeri tersebut maka marilah kita beramai-ramai melancong ke negeri kedah darul aman. (Kedah Malaysia Where It All Began)



              



                        

1 comment: